![]()
Lebih 75% Setuju
Khalid Samad Telah Dizalimi JK Disiplin PAS
Oleh Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/)- Laman M@RHAEN
Ini setelah penerangan yang diberikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri dalam blognya. Penerangan beliau nampaknya tidak memberi kesan kepada pembaca-pembaca Malaysiawaves yang rata-rata membuat kesimpulan bahawa Tuan Ibrahm serta JK Disiplinnya telah menzalimi Khalid Samad.
Saya pada mulanya tidak menjangka keputusan akan berada di tahap lebih dari 75%. Saya menyangka perkataan “menzalimi” itu mungkin akan dilihat sebagai terlalu keras. Atas sebab itu, saya mengjangkan keputusan poll kali ini adalah dalam julat 50% bersetuju.
Saya merasakan kalau saya menggunakan perkataan “Tidak Adil” barulah keputusan “BERSETUJU” itu akan mencecah 80%.
Namun, jelas tindakan JK Disiplin pimpinan Tuan Ibrahim adalah satu bentuk kezaliman mengikut pandangan rata-rata ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Jelas, hujah yang dibentang Tuan Ibrahim amat lemah dan tidak mampu menghalang pandangan ini dari merebak.
Ertinya, mengikut pandangan ramai, Tuan Ibrahim telah melakukan kezaliman. Saya menasihatkan kepada Tuan Ibrahim untuk bertaubat nasuha segera dan meminta maaf dari Khalid Samad kerana doa orang yang dizalimi tidak ditolak Allah SWT.
Selepas ini tiada siapa yang boleh menuduh hanya Tulang Besi sahaja yang mengatakan Khalid Samad dizalimi. Jelas, Tulang Besi tidak berkeseorangan.
Tulang Besi
Dari poll Malaysiawaves setakat ini, pembaca2 Malaysiawaves rata2
setuju bahawa Khalid Samad telah dizalimi JK Disiplin PAS.
p/s: Poll ini masih berjalan namun biasanya di akhir poll keputusan tidak akan lari jauh dari apa yang ada sekarang (mengikut pengalaman poll yang lepas2).
http://www.malaysiawaves.com/2010/02/lebih-75-setuju-khalid-samad-telah.html
05.02.2010
M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
Laman Marhaen
Reka Lencana Anda![]()