![]()
1Malaysia:
Jumud Beragama Jumud Berpolitik - Laman M@RHAEN
Oleh Ahmad Shuhaimi
Berbeza itu indah..bahkan tidak ada satu benda pun dalam dunia ini yang serupa, walaupun kembar dan klon. Kerana itulah tanda pengenalan kita terletak pada cap jari. Sebab tidak ada satu pun yang serupa walaupun nampak sama. Allahu Akbar!
Apa yang indah dalam ketaksamaan? Sebagai manusia yang mempunyai akal paling tinggi antara makhlukNya, dikatakan untuk saling kenal mengenali.
Macamana nak kenal kalau semua sama dan serupa? Apakah tujuan kenal macam kenal yang kita faham secara garis lurus? Bahkan jauh dari itu. Ia berbalik kepada diri kita. Supaya kita dapat mengenali diri kita. Siapa kita, bagaimana kita. Orang lain sebagai cermin diri. Setiap seorang dari kita mempunyai sifat buruk dan sifat baik, hatta haiwan sekalipun! Sebab kita manusia ni lebih nampak jelas keburukan dan kebaikan pada orang, tetapi tiada yang buruk pada diri sendiri. Ingatlah kita ni cuma seperti sibuta yang disuruh memberi gambaran tentang seekor gajah. Pandangan dan fahaman kita bergantung kepada sebanyak mana ilmu yang kita ada, maklumat yang kita dapat, sebanyak mana benda yang kita pelajari...itu saja. Mengikut lingkungan kita berada dan dibesarkan. Sebesar habuk nak menduga jumlah pasir di bumi ini?
Tapi begitulah sikap orang kita di Malaysia, samaada yang melibatkan keugamaan atau pun berpolitik. Jumud dengan pendapat sendiri, ahli sendiri, jemaah sendiri....yang lain semua tak betul semua salah. Tak setuju dengan pendapat mereka dikatakan subversif, penentang raja, salah di sisi undang-undang bagi orang politik, maka di ISA kan. Bagi yang berkaitan ugama, perbezaan pendapat dan mazhab dikatakan tak betul, syirik, bid'ah, sesat, bahkan sampai mengkafir sesama ummat!
Ini bukanlah dinamakan suatu tamaddun yang berjaya dan maju. Kita sudah berpaling ke belakang seperti zaman batu kapur! Lihatlah tamaddun yang maju dan berjaya. Zaman kegemilangan kota Baghdad, kota Cordova, atau sekarang kota London, New York, Paris hingga Tokyo. Orang yang menghormati pendapat orang lain adalah orang maju walaupun tidak dipersetujuinya. Tambahan jika mempunyai hujjah, yang ditimbangtara oleh akal.
Apa yang paling menakutkan kita dari keduanya, politiklah yang paling berkuasa dan bermaharajalela. Manusia politik yang memegang tampuk kekuasaan boleh berbuat apa saja dan bertindak ke atas siapa saja. Mereka boleh menyusahkan ramai orang yang tidak sebulu atau sependapat, hatta orang berugama pun mereka boleh menggunakan ugama bagi mencapai tujuan politik. Rakyat marhaen, rakyat terbanyak menjadi keliru, bahkan itulah juga tujuan mereka supaya senang mempengaruhi orangramai yang mabuk gadung..Inilah bahana meletakkan politik suku ugama suku. Politik tanpa panduan ugama..maka tunggulah hari berlakunya kehancuran!
"La Haulawala Quwwata 'Illa Billahi......"
"KepadaMulah tempat kami memohon dan berserah diri".
- Ahmad Shuhaimi
04.11.2009M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
![]()