Syabas Tok Guru... TGNA Memang Berjiwa Besar   - Laman M@RHAEN
Oleh Ahmad Shuhaimi


 



 
 

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abd.Aziz Nik Mat sememangnya seorang yang berjiwa besar.

Ini berhubungan dengan tulisan saudara "SYEIH" Kickdefella yang menyatakan TGNA telah mengarahkan menantunya CEO PMBK meletakkan jawatan, setelah mendengar sendiri duduk perkara dari pimpinan kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

Bukanlah sesuatu yang mudah bagi TGNA membuat keputusan tersebut tambah pula melibatkan kerabat terdekat yakni suami kepada anakandanya. Tapi demi keadilan dan kebenaran, maka itulah keputusannya.

Memang banyak hikmah dan pengajaran bagi episod tersebut, bahkan nampak berat di mata kerana dari susulan yang menyebabkan kepergian Tok Guru menunaikan fardhu haji pada tahun ini terpaksa ditangguhkan.

Apa yang berlaku, telahpun berlaku dan apa yang akan berlaku tetap akan berlaku. Semuanya berisi pengajaran buat mereka yang berfikir.

"Allah Jualah Yang Memandu Kami ke Jalan Yang Lurus lagi Benar"
 

- Ahmad Shuhaimi
19.11.2009

Follow M@RHAEN on Twitter



Hantar artikel ini kpd sahabat: