![]()
Siapa kata MELAYU dipinggirkan di Pulau Pinang?
Oleh: Anak Sungai Derhaka - Laman M@RHAEN
![]()
![]()
Pada 3 Februari 2010, satu sidang media telah diadakan di KOMTAR bagi menjelaskan keadaan sebenar isu perobohan gerai di Pulau Pinang. Malang sekali media tidak melaporkan angka-angka ini dengan jelas menyebabkan salah faham masih memuncak.
Justeru bersama dengan ini disertakan kenyataan media tersebut bagi memberikan penjelasan kepada semua rakan-rakan.
Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.
Kenyataan Media
Oleh Chow Kon Yeow,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas
Negeri Pulau Pinang
Rabu, 3 Februari 2010 .KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.
Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.
(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:Tahun
2008 Melayu 3, Cina 2, India 1, Tidak Diketahui 2
2009 Melayu 4, Cina 3, India 2, Tidak Diketahui 4
2010 Melayu 2, Cina 0, India 0, Tidak Diketahui 0Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan. Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.
Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah.
Akhirnya operasi ditangguhkan. Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town. Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi.
Bacaan seterusnya di sini:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/02/siapa-kata-melayu-dipinggirkan-di-pulau.html
06.02.2010
M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
Laman Marhaen
Reka Lencana Anda![]()