Lim Guan Eng, 
menjawab tohmahan Kawan dan Lawan

Oleh: Anak Sungai Derhaka - Laman M@RHAEN

 
 
 



 
 
 
 

Ha.. Dato Zahrain dan Tan Tee Beng apa macam lu orang sekarang??

Lim Guan Eng sendiri telah menjawab, mengiayakan semua berita dan juga khabar angin yang telah tersiar dan disiarkan pula oleh aku di dalam blog ini..

Tidakkah YB YB berdua merasakan tindakan YB-YB berdua menyerang Lim Guan Eng beberapa hari yang lalu kini umpama MENEPUK AIR DI DULANG? atau MELUDAH KE LANGIT? ataupun MEMBUKA PEKUNG DI DADA?

Atau sesuai dengan keadaan sekarang.. MEMBUKA PEKUNG DI PUNGGUNG ?

Pepatah juga ada mengatakan .. KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN MERANA..

Lu orang tanggunglah akibatnya...
 

Lim Guan Eng menjawab segala tohmahan kawan dan lawan

Muslihat untuk cemar Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berjaya

DI SEBALIK tekanan dan kecaman terhadap kepimpinannya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap tenang dan ceria. Beliau baru sahaja tiba dari kunjungan rasmi ke Korea Selatan, terus bergegas ke pejabatnya untuk ditemubual.

Beliau dilabel chauvanis, komunis, fikiran berbahaya dan menindas orang Melayu. Mottonya untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, juga dipersendakan musuh politiknya.

Semuanya dijawab dengan tenang, tepat dan padat. Ikuti bahagian pertama temubual wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB, IZWAN ABDUL HALIM serta SABRI SAID menemui beliau di Pejabat Ketua Menteri, di Bangunan Komtar pada jam 8.30 malam, 3 Februari 2010.

Harakah: Sekarang ini kepimpinan saudara selaku Ketua Menteri hebat dipertikaikan, saudara dihadapkan dengan kritikan keras daripada parti rakan, apa respons saudara?

Lim Guan Eng : Pertamanya, saya memang begitu menghormati rakan-rakan Pakatan Rakyat. Penganugerahan Dato' Seri kepada Dr Wan Azizah Ismail, ketika itu beliau ketua pembangkang, juga kepada (Allahyarham) Dato’ Hamdan Abdul Rahman (bekas Adun Permatang Pasir) dan gelaran Dato' Seri kepada Dato' Zahrain Hashim, kerana beliau ketika itu Pengerusi KeADILan Pinang, ada tanda penghormatan.

Ini menunjukkan kerajaan negeri memberi penghormatan dan pengiktirafan sedangkan kita DAP tidak ada mana-mana (anggota) yang dapat. Semua daripada KeADILan dan PAS.

Tetapi untuk sesetengah pemimpin, kalau kita bagi penghormatan, dapat memuaskan hatinya, seketika sahaja. Lepas itu minta lain pula.

Masalah pokoknya berpunca kerana, saya tidak mahu atas desakan pihak tertentu meluluskan cadangan daripada syarikat yang dipengerusikan Zahrain meluluskan satu tender penswastaan projek kelab golf kepada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2.

Tentulah apabila diadakan open tender dia cakap hanya satu syarikat yang masuk tender, sungguhpun dia ada siarkan iklankan dalam The Starlah. Tapi tahulah iklan kecil, tidak semua perhatikan.

Kalau ada ikut prosedur yang tetap itu kita boleh setuju, Lembaga Pengarah boleh setuju. Selepas saya tidak mahu luluskan.

Ini membawa keretakan pertama, dan mulai selepas itu saya rasa susahlah untuk berbincang. Kalau berbincang, minta ini dan itu.

Saya menolak kerana, dia tidak memenuhi prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntable dan Telus. Bila ini dipohon, ia tidak memenuhi prinsip CAT. Perkara-perkara yang tidak memenuhi prinsip CAT, saya susah hendak layan.

Saya tegaskan kerana prinsip CAT ini, kita bawa banyak perubahan kepada Pulau Pinang.

Dengan CAT ini, apakah pentadbiran yang mengutamakan ketelusan ia berjaya dilaksanakan?

Kita mendapat kepujian daripada Transparency International iaitu kerajaan negeri pertama yang dapat kepujian international.

Kita berjaya menjimatkan banyak wang, anggaran defisit 2008 sebanyak RM35 juta kita tukar menjadi lebihan RM88 juta, iaitu sejarah terbesar dalam rekod Pulau Pinang.

(Tahun) 2009 anggaran defisit RM40 juta, kita tukar menjadi lebihan RM77 juta. Kita akan capai RM92 juta, jika tidak kerana satu kes penyelewengan tanah (oleh) Barisan Nasional, kerajaan negeri terpaksa bayar RM14.7 juta. Itu kes penyelewengan tanah.

Kalau tidak kerana RM14.7 juta ini sepatutnya lebihan kita sudah RM92 juta.

Jadi, CAT ini berjaya kerana kita tegas untuk menegakkan prinsip tender terbuka, prinsip berhemah, prinsip bersih, prinsip cekap, akauntable dan telus.

Bila diminta luluskan tender kepada syarikat RM2 ini, kalau kita lulus, tak ada bezanya dengan BN. Selalu kita cakap dia bagi kepada syarikat RM2, jadi apa bezanya kita dengan BN? Jadi saya cakap tak boleh, lebih-lebih lagi syarikat ini tidak ada track record.!
 

Bacaan seterusnya di sini:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/02/lim-guan-eng-menjawab-tohmahan-kawan.html
 

07.02.2010

Follow M@RHAEN on Twitter


Laman Marhaen

Reka Lencana Anda
Hantar artikel ini kpd sahabat: