![]()
Nik Aziz kesal dengan blog yang mengaibkannya..
Oleh: Anak Sungai Derhaka - Laman M@RHAEN
![]()
![]()
KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian
Imej yang disiarkan oleh http://jeffrydamien09.blogspot.com
Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.
“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.
Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.
Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.
Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.
“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.
Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri..
Bacaan seterusnya di sini:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/02/nik-aziz-kesal-dengan-blog-yang.html
08.02.2010
M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
Laman Marhaen
Reka Lencana Anda![]()