![]()
Asri ditahan…ala gestapo?
– Kesaksian Orang Awam
Oleh: Insan Berguna- Laman M@RHAEN
Ini adalah suatu emel yang IB terima semalam dengan merujukan kepada posting sebelum ini: http://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/11/03/maza-mendapat-sokongan-marina-dan-sis/. Semoga ianya dapat memberi penjelasan kepada mereka yang menulis tanpa penyaksian sendiri.
Sekian, IB
.Salam tuan,
Terima kasih kerana membangkitkan isu ini. Persoalan yang dilontarkan amat bernas dan harus difikirkan dengan mendalam terutama oleh mereka yang menyanggah tindakan pihak berkuasa menahan asri. Sebenarnya, bungalow yang dimaksudkan hampir dengan rumah ana. Ana berada di luar rumah berkenaan sewaktu kejadianSedih sekali kerana ramai mempersoalkan cara asri di tahan…ala gestapo dan sebagainya. Sayangnya, mereka yang berkata begitu tiada di tempat kejadian. Sepatutnya, bertanyalah kepada yang tahu. Taman Sri Ukay ni bukan susah nak cari, dilaluan MRR2
Pada mulanya kehadiran pihak berkuasa tidaklah ramai. Tetapi apabila ada halangan oleh para jemaah, bantuan tambahan telah dipohon. Sebab itu kelihatan ramai anggota berkuasa sewaktu asri dibawa. Kulliah tamat lebih kurang pukul 9.30 pm. Tetapi asri dibawa keluar hampir 12.30 am. Bagi ana, pihak berkuasa amat berhemah dalam kes ini.
Sayangnya, ramai bloggers termasuk dari kalangan PR menuduh tindakan pihak berkuasa sangat kasar.
Kita juga harus persoalkan kehadiran Ahli Parlimen dan ADUN kita di dalam jemaah tersebut dan juga di mahkamah, juga kenyataan-kenyataan media yang mereka buat.
Apa pun terima kasih kerana membantu membuka minda penerima-penerima e-mail tuan
Wassalam
Komen IB:
Sukar juga untuk IB faham kehadiran Abu Urwah yang dulu pernah menyatakan simpatinya dan penerimaannya dengan fahaman Syiah tetapi kini untuk duduk dan menerima fahaman Asri pula – itu sudah dua aliran yang bertentangan tu … atau tidak jelas!!!.http://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/11/05/asri-di-tahan-ala-gestapo-kesaksian-orang-awam/
05.11.2009
M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter![]()
![]()