Malaysia Oh 1Malaysia
Oleh Jingoza - Laman M@RHAEN


 
 
 
 


 



 

Assalamualaikum wmbk Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !
 

Mangkuk yang mengelar diri sendiri jaguh dan hero kampong dari Sri Gading yang sekawan dengan Kinabatangan konon 'popular' dengan lagak samseng dalam parlimen tak semena-mena dengan celuparnya melompat meminta menteri di jabatan perdana menteri Koh Tsu Khoon juga seorang lagi menteri pengangkutan Ong Tee Keat meletak jawatan sebab tidak dapat sokongan ahli parti masing-masing dan gagal menjalankan tanggungjawab.

Pelik dan ajaib di negara 1Malaysia ini seperti tebuan kena jolok sarangnya melenting bagai nak rak , mungkinkah  mangkuk satu ini terlibat dalam skandal PKFZ ? Atau ada batu disebalik udang ? Atau ada kepentingan dalam projek yang memusnahkan berbilion ringgit Malaysia !

Mungkinkah melentingnya kerana mahu menutup pekung dari meletop seMalaysia ? Atau juga mahu menyelamatkan para sahabat & kroni yang terlibat sama menyelinap berjuta wang negara ? Mengapa mangkuk ini tidak bising semasa laporan telah dikeluarkan dalam parlimen tempoh hari lagi atas keraguan keikhlasan, dayamaju dan ketidaktelusan perjalanan projek di Port Klang itu ? Membisu seribu bahasa semasa jutaan ringgit disonglap berbagai pihak yang tamak tanpa satu perjanjian kukuh pun ,bak satu cek kosong yang hanya menanti diisi dan ditunaikan !

Lebih RM12.5 bilion wang bukanlah jumlah yang sedikit , jika tiada apa-apa keterlibatan atau kroni yang berkepentingan mustahil mangkuk dari UMno totok ini mahu bertindak bersuara lantang ! Mengapa hanya Koh Tsu Khoon dan Ong Tee Keat sahaja dikokok ? Mengapa senyap bisu terhadap ketua kelab penyokong kerajaan BN konon yang telah mendermakan RM10 juta kepada Ong Tee Keat yang menjadi heboh dan kini dalam siasatan ! Sepatutnya dia kena seru juga pada ketua penyokong kelab BN Tiong King Sing meletak jawatan sehingga penyiasatan selesai bukan hanya OTK dan KTK , inilah kerja pemimpin dari BN-UMno yang mahu tindakkan sekerat-sekerat atau memilih tuduhan dan mangsa, tidak pada kroni atau kawan sekandang !  Tindakan ini hanya meragukan lagi rakyat Malaysia yang mahu ketelusan dalam kepimpinan 1Malaysia !

Hingga ada kabaran beberapa pihak menyeru agar Perdana Menteri melucutkan jawatan Ong Tee Keat  demi menjaga kepentingan beberapa individu dan pihak terlibat yang akan menanggung musibah besar jika pendedahan menyeluruh  dilakukan terhadap skandal PKFZ itu. Sehingga PM sendiri terpaksa menolak permintaan para penyeleweng yang anti- OTK itu, agak membimbangkan ini berlaku walau PM bertegas tidak melayan permintaan mereka-mereka ini !

Perlu diberi perhatian mengapa mangkuk dari Sri Gading ini dan beberapa kerat lagi dari parti karat UMno beriya-iya sangat menghentam OTK yang mahu skandal PKFZ didedahkan setelus-telusnya ! Takut terburai rahsia atau berkokok bagi/atas pihak sesiapakah agaknya ? Atau munkinkah ini cara 'ketelusan' dan akauntabiliti' cara UMno ? Sangat sukar untuk percaya walau seorang pun dari parti karat ini juga dari parti komponennya yang benar-benar telus, jujur, ikhlas dan amanah, ibarat unggapan Karam Singh Walia ' harapkan pagar, pagar tak boleh diharap' !

Bukan hanya skandal PKFZ sahaja terjadi dibawah pemerintahan BN malah berbagai macam skandal, masalah penyelewengan, salahgunakuasa, pendakwaan terpilih , badan pencegah rasuah yang meragukan , PDRM juga badan kehakiman yang tidak tegas ,kabur atau mungkin mudah dimanipulasikan !

Penyelewengan khazanah negara sewenang-wenangnya berlaku dimana setiap tahun ketua setiausaha negara mengistiharkan ibarat pengistiharaan jatuhnya hari raya ! Amat mengkagumkan ,begitu mudah disalahguna amanah dan kuasa negara dan rakyat. Memunahkan wang dan khazanah negara ibarat harta dari gua Ali Baba tanpa rasa bersalah dan dosa, sungguh teruk spesis-spesis ini terutama dari para pemimpin parti pemerintah BN-UMno !

Mungkinkah kerana habuan haram ini yang menyebabkan BN perlu dan wajib pertahan kuasa dengan apa cara sekalipun  seperti contoh di Perak !

Lupakah mereka sebagai wakil rakyat yang diberi amanah dan tanggungjawab menjaga kepentingan negara /rakyat tapi mengambil peluang menjadi penyamun dan perompak sejenis taraf dengan peragut jalanan demi kebendaan , menolak agama dan maruah ! Sepatutnya para pemimpin perlu bersih sebersih-bersihnya , baru layak digelar pemimpin , juga contoh dan teladan yang baik, jujur serta amanah. Bukan menjadi sang penyonglap !

Janganlah suatu hari nanti Malaysia yang sudah terkenal dengan gelaran Darul Boleh akan diberi gelaran baru '1Malaysia Serba Boleh' yang mana sukar mencari walau seorang pun pemimpin dari parti pemerintah BN-UMno yang bersih dari skandal rasuah , sek dan salahguna kuasa yang melampau, tiada dalam dunia dinegara lain seperti berlaku di Malaysia contoh mudah di Perak dimana hingga speaker dewan pun boleh diusung/paksa keluar dan dilondehkan jubahnya oleh pemegang undang-undang !

Pelik tapi benar itulah Malaysia negara yang makmur hanya untuk para pemimpin dan penjawat bermaharajagila dengan harta dan sumber negara , dari keewangan hingga apasaja yang dapat difikirkan , hinggakan terjadi melancong serata pelusuk dunia atas nama lawatan sambil belajar tapi berfoya-foya dengan kaum keluarga ,malah dengan orang gaji pun sekali diangkutnya !

Sungguh kerja biadap dan durjana mangkuk-mangkuk ini, seperti komen marah seorang sahabat patut dihantar pulang saja anak toyol ini kenegara asal Indon bersekongkol dengan samseng-samseng 'Bendera' !

Agaknya bilakah rakyat Malaysia boleh bermimpi berpemimpinkan yang amanah dan soleh , tidak perasuah dan penyelewengan , wassalam !
 
 

Kini masa untuk ubah kerajaan kelentongan !

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
 

Oleh: jingoza
amuraria-alikram.blogspot

05.11.2009

Follow M@RHAEN on Twitter



Hantar artikel ini kpd sahabat: