![]()
PAS & Internet:
Dah Berbuih Dah Bercakap Pasal Nie Kat Kedah..
Kiriman KedahLaNie - Laman M@RHAEN
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman web politik rasmi pertama beliau my-Malaysia, yang antara lain memaparkan aktiviti kemasyarakatan dan politik, koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya.
Laman web itu juga mempunyai medium interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my.
"Hari ini, saya telah lancarkan laman web peribadi sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Saya berharap saudara-saudari akan menggunakan laman web ini untuk kita memberikan pandangan secara langsung mengenai apa sahaja isu," katanya ketika berucap melancarkan laman web itu.
Muhyiddin berkata penubuhan laman web itu juga sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan dengan anak-anak muda dengan menerima pandangan dan kritikan mereka.
"Anak-anak muda sekarang inginkan kerajaan yang telus, dalam erti kata lain menjelaskan dan menjawab apa saja isu yang dibangkitkan (dan) kerajaan komited untuk berbuat demikian. Dan untuk itu, kita akan terus mendekati anak-anak muda melalui media sosial," katanya.
Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga aktif berinteraksi melalui laman web 1Malaysia, Twitter dan Facebook dan anggota-anggota Kabinet juga telah diminta untuk berinteraksi dengan rakyat melalui media sosial itu.
"Justeru itu, saya ingin ingatkan anak-anak muda untuk menggunakan media sosial dan membuat kritikan secara berhemah. Walaupun kita berbeza pendapat, usah ketepikan adab dan budaya," katanya.
Ulasan GB
Pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik tanahair kini mengakui tentang kepentingan alam siber, kepentingan penyebaran maklumat melalui internet lantas masing-masing berpusu-pusu ke langit untuk mewujudkan laman web, blog, facebook dan seumpamanya untuk berinteraksi dengan rakyat.
Najib ada blog 1Malaysia dan semalam Muhyiddin melancarkan my-malaysia.
Sebelum ini semua orang tahu Mahathir sudah ada blog chedet.cc sedang sebelum ini semua orang tahu juga bahawa hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO "cukup berbulu" dengan blog dan alam siber malah pernah meminta rakyat jangan terpengaruh dengan sumber dari berita media angkasa ini.
Ia juga dimenafaatkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anwaribrahimblog, Lim Kit Siang denganblog.limkitsiangnya. Musyidul Am PAS ada blog di blog tokguru
PAS mengakui kepentingan blog dan perjuangan alam siber. Malah Presiden PAS di dalam Seminar Blogger yang diadakan baru-baru ini (sekalipun beliau turut menghentam blogger supaya jangan sebar fitnah katanya) beliau mengakui kepentingan berblogging.
Beliau (Presiden PAS) turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini. Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari. "Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.
Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.-harakahdaily
Tetapi persoalan timbul, dimana blog Presiden? Dimana blog Timbalan Presiden? Dimana blog Setiausaha Agong?Mengapakah tindakan tak sama dengan perkataan?
Saya merasakan jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS ini mempunyai blogdapatlah idea mereka diperkongsikan dengan rakyat, dapatlah rakyat berinteraksi dengan mereka dan tak timbul lagi persoalan dimana mereka tatkala isu-isu besar melanda negara. Tak timbul soal ahli tak dapat hubungi mereka dan tak timbul apa yang dikatakan "fitnah benar dan fitnah tidak benar" kerana ia boleh dijawab melalui blog pimpinan tersebut.
Tak timbul juga soal tak ikut adab berjemaah kerana ahli boleh terus berhubung dengan pimpinan melalui email dan sebagainya. Tak timbul projek Langgar Hadi, Tak timbul isu ahli tak wala' tak tsiqah dan segala mak bapak ketundukan membabi buta seperti ahli tarikat songsang terhadap gurunya.
Justeru adalah perlu ketiga-tiga pempinan tertinggi parti supaya memikirkan dengan serius hal ini supaya jangan nanti ditempelak orang pemimpin PAS ketinggalan zaman dan pemimpin PAS cakap tak serupa bikin. Lebih buruk lagi nanti ada rakyat yang berfikir dan menuduh bukan-bukan, pemimpin-pemimpin PAS pada masa senggangnya tak dengar dan tak ikuti perkembangan semasa melalui alam siber, tapi lebih suka melayan isteri-isteri di dalam rumah.
Semangat dan wacana intelektualisme perlu dibudayakan dan pembudayaan ini sepatutnya dimulakan oleh pimpinan tertinggi parti sendiri.
![]()
Komen / maklum balas di sini:
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/01/pas-internate-dah-berbuih-dah-aku.html
"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"
http://kedahlanie.blogspot.com/
ADMIN KedahLanie.....01.02.2010M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
Laman Marhaen
Reka Lencana Anda![]()