Persepsi?
(tulisan ini dibuat kerana sayangkan PAS)

Kiriman Muramatsu - Laman M@RHAEN


 
 
 



 

Selepas ditenyeh oleh dua professor untuk mengenali persepsi, maka kini pemuda PAS berkata dua tok guru Kelantan dan Trengganu diserang menggunakan peluru “persepsi”. Pemuda PAS tahu atau tidak berapa ramai orang kampong di luar sana faham atau tidak apakah “persepsi” itu?. Rasanya ramai akan berkata persepsi itu macam air liur basi.

Eloklah pemuda PAS cari sebutan lain yang mempunyai maksud yang sama supaya orang lain diluar sana mudah faham, sebab kalau orang kampong tak faham maksud yang pemuda pas nak sampaikan, lagi punah jadinya. Gunalah perkataan lain supaya sasaran mendapat maklumat yang tepat dan mudah di fahami.

Persepsi mungkin boleh disebut “tanggapan” atau anggapan dan seerti dengannya. Tanyalah professor itu apakah perkataan lain yang mudah orang kampong faham.

Tanggapan bukan boleh berlaku begitu saja. Tanggapan kepada dua tok guru itu pun sama sifatnya. Ia tidak berlaku begitu saja. Kenapa tanggapan terhadapnya begitu?. Ini persoalan asal sebelum timbulnya persepsi dan sebagainya lagi.

Kenapa tanggapan atau persepsi terhadapnya begitu?

Tanggapan yang merosakkan imej tok guru trengganu kerana bercakap mengenai hendak berpadu dengan UMNO dalam keadaan semua orang tahu UMNO ini sudah punah dan tidak boleh di pakai lagi. Bahkan ada pertemuan di buat.

Ini peristiwa benar yang tidak boleh disamakelaskan sebagai tanggapan atau persepsi. Untuk mengelaknya mudah, jauhkan dalam apa jua bentuk sama ada pemikiran, percakapan dan tindakan yang boleh menyebabkan orang menganggap untuk berkerjsama dengan UMNO.

Akhirnya, PAS terpaksa buat itu buat ini untuk menyatakan bahawasanya mereka tidak berkerjasama dengan UMNO. Isu itupun selesai kononnya. PAS pula tidak pernah meminta maaf atas kesilapan langkah itu kepada semua rakyat yang sayangkan perjuangannnya.

Tanggapan pemuda pas bahawa imej dua tok guru rosak itu adalah kerana persepsi semata tidak berapa tepat. Pemuda PAS harus terima hakikat ia memang berlaku.

Dalam isu tok guru di Kelantan pun serupa juga. Pemuda PAS perlu terima hakikat bahawasanya isu yang dimainkan adalah bukan persepsi. Tetapi isu sebenar. Imej tok guru MB Kelantan jadi begitu kini adalah kerana MB Kelantan sendiri samada sedar atau tidak sedar menjadikan menantunya sebagai CEO di PMBK dalam keadaaan tok guru MB sendiri sebagai Pengerusinya. Isunya mudah untuk di fahami, dalam kontek ini pemuda pas tak payah tanya profesore untuk memahami perpsepsi atau tanggapan ini.

Isunya jelas, mudah dan bahkan ia menjadi isu besar Negara era Reformasi kini. Sudah dua Perdana Menteri jatuh kerana isu yang sama. Apakah perkara yang jelas ini pemuda PAS tidak faham dan masih mahu berakademik lagi?

Isu yang ketiga ialah menantu tok guru MB Kelantan sendiri, dia sedar atau tidak sedar akan akibat terima perlantikan berkenaan samada perlantikan itu halal atau sebaliknya. Isu samada layak atau tidak layak dari segi akademik dan professional tidak timbul, kerana kedudukan dia sebagai menantu tok guru MBlah yang menyebabkan kekecohan berlaku sehinggakan tok guru MB menjadi susah.

Kalau tok guru trengganu berani berdepan dengan umum untuk  membetulkan kesnya yang sudah dia buat silap itu, samalah tok guru Kelantan dan menantunya itu, tidak ada pilihan melainkan tampil kedepan dan menerima hakikat samada tok guru MB letak jawatan sebagai MB atau menantu MB letak jawatan sebagai CEO PMBK. Isu yang lain adalah hasilan daripada isu sebenar ini sahaja.

Insyaallah, isu ini akan selesai dan banyak masalah lain lagi pun akan turut selesai.

Mulai hari ini PAS dan pemuda PAS perlu faham, kerja musuh adalah untuk membuatkan masyarakat keliru, bagi UMNO kekeliruan terhadap PAS adalah sudah dikira kemenangan dan kejayaan mereka.

Oleh itu, jangan lagi ulang perbuatan pertemuan sulit dengan musuh dan jangan lagi letak anak menantu ke jawatan dalam kerajaan yang bapak mertua ada jawatan politik yang menggunakan harta negeri atau Negara, lainlah kalau bayar gaji guna harta sendiri
 

Muramatsu
England

17.11.2009

Follow M@RHAEN on Twitter



Hantar artikel ini kpd sahabat: