KEMUNCAK KEBANGSATAN UMNO DI SABAH
Oleh: Naspazi - 07 November, 2009 - Laman M@RHAEN


 
 
 



 
 
 

Hanya orang gila saja yang percaya kepada kata-kata melayu UMNO, kerana khianat kepada janji adalah budaya hidup mereka. Namun begitu, segelintir pemimpin tertinggi PAS masih yakin kepada kewujudan Unity Government (UG) yang dikumandangkan oleh Haji Hadi, yang sebenarnya mungkin hasil mukabalah sulit antara PAS – UMNO sebelumnya. Saya percaya bahawa, seandainya Unity Government menjadi kenyataan, nescaya ianya tidak akan kekal lama atau tidak akan bertahan lama, kerana ia mungkin hanya dijadikan talian hayat oleh melayu UMNO untuk menjadi kuat semula. Yang demikian, sesudah mereka kuat semula, kemungkinan besar PAS akan diC4kan, sebagaimana mereka C4kan Altantuya.

Altantuya sebenarnya amat berjasa kepada melayu UMNO, lantaran ia selama lima tahun (2002 – 2006) telah membantu melayu UMNO dalam usaha pembelian Kapal Selam Perancis sebagai juru bahasa dengan janji komisen US500,000 (lima ratus ribu Dollar America) bersamaan dengan RM1,900,000 (1.9 juta Ringgit Malaysia). Namun, janji hanya tinggal janji. Melayu UMNO bukan sahaja tidak menunaikan janjinya kepada Altantuya, bahkan ia diculik, ditembak dan kemudian diletupkan dengan C4 hingga berkecai berjuta-juta. Yang demikian, amatlah menakjubkan jika PAS tidak mengambil pengajaran atau tidak mendapat iktibar dari apa yang telah dilakukan oleh melayu UMNO ke atas Altantuya. Demikian juga dalam soal kaedah pengurusan tanah dan hutan di Sabah yang telah ditulis dengan jelas dalam ‘Perjanjian 20 Perkara’ syarat pembentukan Malaysia di perenggan akhir sebagai berikut:

“Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara (Sabah). Begitu juga Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara (Sabah)”. Dengan kata lain, tanah dan hutan Sabah adalah hak mutlak peribumi Sabah. Justeru, mengapa taukey- taukey yang berselindung disebalik pelbagai nama seperti FELCRA, MESEJ, SDTME, BSSB dan sebagainya dengan begitu mudah merompak dan merampas Tanah Adat milik puluhan ribu peribumi yang telah menerokanya sejak nenek moyang mereka lagi atau sejak ratusan tahun yang lalu? Jawanpannya adalah, siapa yang menduduki takhta Jabatan Tanah Sabah?

Alangkah malangnya bagi peribumi Sabah yang telah mengusahakan tanah adat mereka sejak sekian lama atau sejak ratusan tahun yang lalu, yang mana di tanah adat itulah mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun dalam sekelip mata, mereka mendapati tanah adat dan tanam-tanaman yang menjadi sumber kehidupan mereka, tiba-tiba dirampas dan dirompak secara ganas oleh pelbagai nama taukey yang dilindungi oleh polis dan peguam yang bersekongkol untuk menghancurkan kelangsungan hidup dan merendahkan martabat peribumi Sabah.

Justeru, saya tidak dapat membayangkan, bagaimana puluhan ribu peribumi Sabah yang kehilangan tanah adat dan tanam-tanaman mereka yang dirompak dan disamun oleh taukey- taukey yang tidak diundang itu mampu meneruskan hidup. Oleh sebab itu, terdapat peribumi Sabah yang mengambil hasil tanam-tanaman mereka di tanah adat mereka atau di tanah nenek moyang mereka yang telah dirompak tersebut terbunuh, kerana dibunuh oleh pekerja-pekerja taukey. Dalam soal ini, sekali lagi timbul kemusykilan, siapa yang menduduki singgahsana kuasa Jabatan Tanah Sabah? Mengapakah tanah adat atau tanah nenek moyang peribumi Sabah, yang telah diusahakan sekian ratus tahun tiba-tiba diwartakan sebagai Hutan Simpan oleh Jabatan Tanah Sabah? Namun, tidak lama kemudian tanah adat atau tanah nenek moyang peribumi tersebut akan berpindah milik kepada individu tertentu, taukey tertentu atau syarikat tertentu atas alasan demi menjana hasil negeri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Menyentuh soal perjuangan SAPP. Datuk Yong Teck Lee telah mensasarkan 40 kerusi DUN untuk bertanding pada pilihan raya yang akan datang. Jika sasaran tersebut semuanya menang, sudah tentu UMNO/BN akan tumbang dan sekaligus SAPP bakal membentuk kerajaan Sabah dengan Datuk Yong Teck Lee sebagai ketua menteri yang juga menawarkan janji akan memperkenalkan Kad Pengenalan Baru (IC Sabah) khusus untuk warga tulen Sabah. Tegasnya, perjuangan SAPP jelas faedah dan kepentingannya yang memberi manfaat kepada warga tulen Sabah.

Namun begitu, ada perkara lain yang wajar dipertimbangkan yang berhubung dengan kehancuran ‘Ordinan Tanah Sabah’ yang mana telah dipinda semasa beliau dua tahun menjadi ketua menteri Sabah dalam sistem penggiliran ketua menteri oleh melayu UMNO/BN. Justeru, impak nyata kepada pindaan ordinan tanah tersebut adalah kehilangan tanah adat atau tanah nenek moyang peribumi kepada individu tertentu yang bukan peribumi atau syarikat tertentu yang bukan milik peribumi melalui pindah milik tanah atau penukaran status syarat geran-geran tanah dari NT kepada CL semakin ketara dan berleluasa. Walaupun saya tidak bercadang untuk menulis perkara ini secara terperinci dan panjang-lebar, namun begitu penting untuk diberi perhatian serius dan tulus oleh Datuk Yong Teck Lee yang mengidam untuk menjadi ketua menteri pasca pilihanraya yang akan datang.

Intipati paradigma saya adalah mengembangkan prinsip kasih sayang dengan saling mengadabi kemanusiaan bersama, dan jauh sekali dari meniupkan sentimen perkauman. Namun begitu, pada masa yang sama, saya juga memegang prinsip najis tidak boleh membersihkan najis. Dengan ungkapan lain, perkara yang benar tetap benar dan perkara yang salah tetap salah. Hakikatnya adalah, selepas ordinan tanah dipinda begitu banyak Tanah Adat dan Tanah Anak Negeri yang bertukar milik kepada taukey- taukey besar tanpa pengetahuan pemilik asal tanah adat tersebut. Seolah-olah wujud persekongkolan jahat yang sistematik yang juga melibatkan Kerajaan Negeri, Jabatan Tanah Negeri, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri, Mahkamah Anak Negeri, Bank-Bank dan Polis untuk menghalau keluar anak-anak negeri daripada tanah adat mereka.

Justeru, Datuk Yong Teck Lee bukan sahaja wajar, bahkan wajib mendidik taukey- taukey besar yang juga kaumnya, agar tidak bersikap laksana Yahudi di Palestin kepada anak-anak negeri Sabah. Dengan kata lain, sebarang kegagalan mengadabi kemanusiaan bersama dengan meletakkan standard anak-anak negeri sebagai tidak tamadun, nescaya perjuangan SAPP begitu kabur dalam soal yang menyentuh kepentingan dan kebajikan warga tulen Sabah. Saya tegaskan bahawa, betapa tanah adat adalah nyawa bagi warga tulen Sabah di kampung-kampung, khususnya bagi mereka yang kurang berpendidikan atau tidak terpelajar.

Suatu ketika dahulu, Sabah merupakan negeri yang terkaya dalam Persekutuan Malaysia. Apakah penanda aras yang memungkinkan Sabah dianggap sebagai negeri yang terkaya suatu masa dulu? Hanya wibawa pakar ekonomi yang lebih mengetahuinya. Namun kini, betapa Sabah dianggap sebagai negeri termiskin dalam Persekutuan Malaysia, di samping pelbagai masalah yang lain. Kerakusan pemimpin standard kelas kambing yang merompak khazanah alam sekitar Sabah adalah satu hal. Kebanjiran pendatang haram ke Sabah adalah satu hal lagi. Tetapi, pengiktirafan ke atas pendatang haram sebagai warganegara Sabah, melalui pemberian kad pengenalan (IC Projek) adalah kemuncak kebangsatan melayu UMNO/BN di bumi Sabah. Dengan kata lain, betapa kelakuan Melayu UMNO bakal mengirim Warga Native Sabah ke lembah neraka kehancuran. Apakah faedahnya lagu pembangunan itu, jika pendatang haram yang membangun? Apakah maknanya kemajuan itu, jika pendatang haram yang maju? Tegasnya, betapa kelangsungan hayat anak-anak negeri Sabah bermasyarakat dan bernegara di bawah naungan British jauh lebih baik, aman dan sentosa berbanding sekarang.

Justeru itu, saya setuju dengan rancangan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang hendak menubuhkan parti baru. Datuk Dr. Jeffrey memiliki wibawa untuk menjadi seorang pemimpin yang dinamik dan komprehensif. Dalam bidang akademik contohnya, beliau diakui sebagai bijaksana antarabangsa, hatta teori beliau tentang Kelok Ekonomi Makro digunapakai seantero dunia. Lantaran itu, hanya kerana perangai busuk melayu UMNO, yang menerajui kerajaan Persekutuan Malaysia ke atas warga Sabah, yang serupa dengan perangai busuk kerajaan Israel ke atas warga Palestin, yang menghalang pacuan keintelektualan warga Sabah dari bergerak kehadapan.
 

RAKYAT ADALAH MAHARAJA TANPA MAHKOTA

WARGA BORNEO BIAR ADA HARGA DIRI

REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG

- Naspazi
http://naspazi.multiply.com

08.11.2009



Hantar artikel ini kpd sahabat: