![]()
Kopi JANDA akan memberi Hadiah
Sebanyak RM5,000 seorang kepada wakil rakyat Kelantan
yang kahwin dengan Janda. - Laman M@RHAEN
![]()
Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan YB Wan Ubaidah (Exco
Kelantan) semasa perbahasan di sidang DUN Kelantan baru-baru ini,
Janda Product Marketing selaku pengeluar dan pengedar produk Kopi
JANDA menawarkan hadiah RM5,000 kepada ahli Yang Berhormat di Kelantan
yang berkahwin dengan janda dalam negeri Kelantan.Kami cukup gembira dengan saranan ini kerana dari sudut Islam, sesiapa
yang ingin berpoligami digalakkan mengahwini janda. Wan Ubaidah yang
juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan
memberitahu sidang DUN, bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal
di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang.Kami harap perkara ini dipandang serius dan jangan ada mana-mana
pertubuhan NGO yang cuba mempertikaikan cadangan yang baik ini
termasuk dari Pergerakan Wanita MCA. Kenyataan Datin Paduka Chew Mei
Fun yang dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia semalam adalah tidak
tepat. Anugerah yang dicadangakan oleh YB Wan Ubaidah adalah sebagai
satu simbol menggalakkan lelaki yang ingin berpoligami suapaya memilih
janda. Kenyataan Ketua Wanita MCA yang menyatakan usaha ini tidak
membantu bahkan lebih mwujudkan banyak penyakit baru hanyalah andaian
beliau sahaja sedangkan sesiapa yang memilih janda untuk tujuan
poligami adalah untuk membela nasib janda dan anak-anak mereka, secara
tidak langsung lelaki yang mengahwini janda telah memainkan
tanggungjawab sosial. Jangan usaha ini seolah-olah kita melangkah ke
belakang. Apa kajian yang Wanita MCA telah buat sehingga mudah
mengeluarkan andaian yang cukup prejudis ini? Tetapi kita harap
lelaki yang ingin bepoligami ini mestilah mampu dari segi kewangan dan
kepimpinan agar janda dan anak-anaknya betul-betul terbela.Sekali lagi Kopi JANDA ingin tegaskan hadiah RM5,000 kepada wakil
rakyat di Kelantan yang menyahut cabaran Ecxo tersebut dan mana-mana
wakil rakyat yang berminat atau berhasrat menyahut cabaran tersebut
boleh hubungi saya di talian 017-5353007 (Zulaimi).
02.11.2009
M@RHAEN Twitter Updates
Follow M@RHAEN on Twitter
![]()