UMNO Setuju Sertai PAS - Najib
Oleh Profesor Ali Mamat  - Laman M@RHAEN

 
 



 
 

Sama ada untuk menerima atau menolak, sama ada untuk mengakui atau menafikannya, sama ada untuk mempercayai atau engkar, sama ada untuk mengiyakan atau menidakkannya, hakikat yang harus diakui oleh parti UMNO dan rakan – rakan dalam BN nya, iaitu parti UMNO dan sekalian rakan dalam BN nya kini sudah berada dalam keadaan cukup tenat , hari demi hari sehingga menjelang PRU 13 nanti.

Hakikatnya sudah lama dipercayai secara senyap, tapi penuh cemas oleh seluruh pimpinan UMNO, tapi mungkin bukan dikalangan komponennya yang lain, kecuali PBB di Sarawak.

Kenapa PBB juga cukup cemas?

Isu – isu terdesak, akhir – akhir ini seperti Kerajaan Perpaduan dan sebagainya adalah antara ramuan – ramuan dan resepi terbaik UMNO bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat.

Bila mana timbul pulak ‘pakatan dalam senyap’ di kalangan pemimpin – pemimpin orang – orang Melayu dan Islam, setelah ditutup dan dikunci rapat oleh PAS semasa Seminar sehari , adalah bukti betapa terlalu cemas UMNO kini.

Sumber maklumat dari semua cabang risikan, risikan Cawangan Khas  Intelligent tentera, Polis, parti dan semua pihak lain, tidak menunjukkan berlaku pemulihan sokongan ke atas UMNO.

Walhal, masa cukup pantas bergerak. PRU 13 menunggu , tanpa perlu dihalang ketibaannya. Benar sekali  , ada baiknya cadangan Pesuruhjaya PAS Terengganu  supaya UMNO bergabung saja dengan PAS. Ketika ini lah. Tidak perlu lagi menunggu waktu dan masa. Demi perpaduan Melayu dan Islam

Sehinggakan ia terpaksa diakui benar , walaupun pahit dan walaupun apa juga alasannya , seperti kata Setiausaha Agung UMNO ini, katanya Pakatan UMNO - PAS mampu elak perpecahan

Untuk menggambarkan betapa PAS begitu hebat, samada pada pandangan musuh, seperti kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Pakatan 'runtuh' jika PAS keluar pakatan  dan/atau juga pandangan sahabat, iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim  , dimana beliau  berterima kasih dan memuji PAS kerana terus meletakkan komitmen memperkasa Pakatan Rakyat.

 

Maaf, nampaknya tajuk di atas tidak akan jadi kenyataan. Sebab, kalau Najib masuk PAS, belum tentu jawatan PM akan diserahkan kat Anwar. .
 

10.11.2009

Follow M@RHAEN on Twitter



Hantar artikel ini kpd sahabat: