Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Raja
Tembok Bangunan SUK Perak Runtuh


 
 



 

Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam tadi menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.

Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.

Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan DUN Perak itu dirasmikan pada 2000. BERNAMA

Inilah tandanya bukan sahaja Rakyat Perak x gemo dengan Kerajaan KUDETA perak sekarang ini bahkan bangunan SUK pun tak sio....


*Tak Sio = Tak suka

Ini juga petanda bahawa bangunan SUK Perak akan dibersihkan dari saki baki kejahatan / penindasan tetapi akan digantikan dengan kebaikan dan keadilan....
 

INSYALLAH

http://p111dppkr.blogspot.com/2009/11/bangunan-suk-perak-runtuh.html


 
 
 

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Raja.

15.11.2009

Follow M@RHAEN on Twitter



Hantar artikel ini kpd sahabat: